Kata Adjektif (形容词)

* Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda , tempat, haiwan, tumbuhan dan orang.
* Kata  adjektif dapat  dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
 a)  kata adjektif sifatan : baik, degil, cerdik, usang
 b) kata adjektif cara : laju, kasar, gopoh, lambat
 c) kata adjektif warna : biru, kuning, merah, putih
 d) kata adjektif ukuran : nipis, dalam, rendah, pendek
 e) kata adjektif bentuk : bulat, leper, bujur, bengkok
 f) kata adjektif perasaan : suka, cinta, yakin, sayang
 g) kata adjektif waktu : pagi , malam , dahulu , petang
 h) kata adjektif pancaindera : lazat, masin, sedap, cantik 
 i) kata adjektif jarak : jauh, dekat, nyaris, hampir
* Jika objek yang dirujuk oleh kata adjektif itu berganda , maka kata adjektif tidak boleh  berganda. 
   Begitulah  juga sebaliknya.
* Ayat contoh :
1.Rumah  di situ cantik.( betul/sebuah rumah)
2.Rumah-rumah di situ cantik. ( betul / banyak rumah )
3.Rumah di situ  cantik-cantik. ( betul/ banyak rumah)
4.Rumah -rumah di situ cantik-cantik. ( salah )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment