Kata Bantu

* Kata bantu ialah bentuk  kata yang hadir di hadapan frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama..
* Kata bantu bertugas menambahkan makna dari aspek waktu dan ragam .
* Contoh:
   sudah , sedang , akan, telah, masih, hendak, pernah, belum, mahu, mesti , boleh, dapat , belum pernah,
   masih  belum, sudah pernah.
* Ayat contoh :
   1) Kami akan bertolak pada pukul 8.00 pagi esok.
   2) "Tugasan itu mesti disiapkan sebelum tengah hari esok, faham?"kata Cikgu  Hadi.
   3) Pekerja-pekerja ladang itu telah pulang ke rumah masing-masing.
   4) Kami hendak ke Kuala Lumpur pada hari Ahad ini.
   5) Mereka masih berbual walaupun telah lewat malam.
   6) Pada masa dahulu, negara kita pernah dijajah oleh tentera  Jepun.
   7) Kamu boleh pergi sekarang.
   8) Saya dapat menghubungi ayah yang berada di luar negara pada pagi tadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment