Kata Ganda

* Kata ganda ialah bentuk kata yang mengalami perubahan pada kata dasarnya sama ada perulangan seluruh
   kata atau perulangan sebahagian kata.
* Kata Ganda terbahagi kepada tiga subgolongan , iaitu:
a) Gandaan Penuh : baju-baju, kuda-kuda, jalan-jalan, ikan-ikan
b) Gandaan Separa : dedaun, lelayang, kekuda, tetupai
c) Gandaan Berentak : lauk-pauk, lalu-lalang, beli-belah, batu-batan

* Ayat contoh :
1) Pakaian yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka.
2) Pak Mat memasang kekisi pada tingkap rumahnya.
3) Hutan di negara kita dipenuhi kayu-kayan yang bermutu tinggi.
4) Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton mundar-mandir di luar stadium.
5) Wani menyapu dedaun kering di halaman rumahnya.
6) Para pemain bola sepak negara Brazil hebat-hebat belaka.
7) Ayam jantan itu meronta-ronta untuk melepaskan diri.
8) Ayah menasihati kakak supaya sentiasa beringat-ingat ketika berada di negara orang.
9) Kekura merangkak perlahan-lahan ke arah kolam.
10)Saya membeli anting-anting sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
11)Mereka pandang - memandang sebaik sahaja mendengar berita tersebut.
12)Mereka lari lintang -pukang  apabila terdengar ngauman harimau di kebun getah itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment