Kata Hubung

* Kata hubung ialah perkataan  yang bertugas  untuk  menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi ayat
   majmuk.
* Kata hubung terbahagi kepada 3 golongan :
a) Kata Hubung Gabungan : atau , kecuali, mahupun, walhal
b) Kata Hubung Pancangan : ketika, meskipun, semenjak, semoga
c) Kata Hubung Berpasangan : kian...kian, sama ada....atau, entah...entah, walaupun...tetapi

* Ayat contoh :
1) Kok Meng  mencuci basikal sambil bersiul-siul .
2) Sharifah tidak menghadiri latihan sukan kerana kakinya terseliuh.
3) Mimi menyatakan bahawa kakaknya sakit.
4) Dia bangun lalu terus ke dapur.
5) Kami pulang apabila hari hampir malam.
6) Meskipun  dia anak orang berada, kehidupannya cukup sederhana.
7) Siapkan kerja kamu dahulu kemudian barulah makan.
8) Sila maklumkan kepada saya sekiranya timbul masalah seperti ini lagi.
9) Saya dan Chin Wai akan ke Singapura.
10)Ibu membaca novel sambil mendengar radio.
11)Dia tidak hadir ke sekolah hari ini kerana menghidap selesema.
12)Ayah mencuci kereta manakala ibu menyiram  pokok bunga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment