Kata Nama

* Kata nama terbahagi kepada kata nama am dan kata nama khas.
* Kata nama am ialah kata yang menerangkan nama orang , benda, tumbuhan dan binatang secara umum.
* Huruf awal kata nama am hendaklah ditulis dengan huruf kecil kecual;i pada permulaan ayat.
1) orang = askar , kakak, ketua kelas, pengawas
2) benda = pen, bakul rumah, kerusi
3) tempat = laut, desa, padang, kampung
4) tumbuhan = orkid ,nanas, rumput, rambutan
5) binatang = itik, singa, anjing, harimau

* Kata nama khas ialah kata yang menerangkan nama orang , benda, tempat, tumbuhan dan bintang secara
   khusus.
* Huruf awal kata nama khas hendaklah ditulis dengan huruf besar.

1) orang = Aida, Encik tan, Mee Ling, Randit
2) benda = Piala Dunia, Proton Persona, Kamus Dewan,Nike
3) tempat =  Kajang , Bidor, Ipoh, Gunung Rapat
4) tumbuhan = Tongkat Ali, Jarum Emas, Kacip Fatimah, Kepala Pandan
5) binatang = Si Comel , Sang Kancil, Itik Mandarin , Pak Belang


*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Hubung

* Kata hubung ialah perkataan  yang bertugas  untuk  menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi ayat
   majmuk.
* Kata hubung terbahagi kepada 3 golongan :
a) Kata Hubung Gabungan : atau , kecuali, mahupun, walhal
b) Kata Hubung Pancangan : ketika, meskipun, semenjak, semoga
c) Kata Hubung Berpasangan : kian...kian, sama ada....atau, entah...entah, walaupun...tetapi

* Ayat contoh :
1) Kok Meng  mencuci basikal sambil bersiul-siul .
2) Sharifah tidak menghadiri latihan sukan kerana kakinya terseliuh.
3) Mimi menyatakan bahawa kakaknya sakit.
4) Dia bangun lalu terus ke dapur.
5) Kami pulang apabila hari hampir malam.
6) Meskipun  dia anak orang berada, kehidupannya cukup sederhana.
7) Siapkan kerja kamu dahulu kemudian barulah makan.
8) Sila maklumkan kepada saya sekiranya timbul masalah seperti ini lagi.
9) Saya dan Chin Wai akan ke Singapura.
10)Ibu membaca novel sambil mendengar radio.
11)Dia tidak hadir ke sekolah hari ini kerana menghidap selesema.
12)Ayah mencuci kereta manakala ibu menyiram  pokok bunga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penjodoh Bilangan

* Digunakan untuk membilang benda, orang, haiwan dan tempat.

1)biji = buah-buahan ,benda berbentuk bulat.
2)buah = rumah , kereta, motosikal , komputer
3)rawan = jala
4)pucuk = pistol
5)laras = senapang
6)tongkol = jagung
7)rangkap = pantun
8)bilah = pisau, parang, jarum
9)bentuk = cincin
10)bidang = tanah
11)batang = kayu, pokok tebu
12)butir = beras, manik, mutiara, peluru
13)carik/cebis = kain , kertas
14)cucuk = hirisan buah, sate, nugget
15)das = tembakan
16)ekor = binatang
17)gugus = buah atau kumpulan benda seperti anggur, kunci , pulau
18)helai = baju, daun, kain , kertas
19)ikat = benda yang diikat seperti kayu , sayur, sirih
20)kepul = benda yang berkepul-kepul seperti asap awan
21)lembar = benda yang panjang dan halus seperti benang, dawai, rambut
22)utas = benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai , tali , dawai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Ganda

* Kata ganda ialah bentuk kata yang mengalami perubahan pada kata dasarnya sama ada perulangan seluruh
   kata atau perulangan sebahagian kata.
* Kata Ganda terbahagi kepada tiga subgolongan , iaitu:
a) Gandaan Penuh : baju-baju, kuda-kuda, jalan-jalan, ikan-ikan
b) Gandaan Separa : dedaun, lelayang, kekuda, tetupai
c) Gandaan Berentak : lauk-pauk, lalu-lalang, beli-belah, batu-batan

* Ayat contoh :
1) Pakaian yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka.
2) Pak Mat memasang kekisi pada tingkap rumahnya.
3) Hutan di negara kita dipenuhi kayu-kayan yang bermutu tinggi.
4) Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton mundar-mandir di luar stadium.
5) Wani menyapu dedaun kering di halaman rumahnya.
6) Para pemain bola sepak negara Brazil hebat-hebat belaka.
7) Ayam jantan itu meronta-ronta untuk melepaskan diri.
8) Ayah menasihati kakak supaya sentiasa beringat-ingat ketika berada di negara orang.
9) Kekura merangkak perlahan-lahan ke arah kolam.
10)Saya membeli anting-anting sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.
11)Mereka pandang - memandang sebaik sahaja mendengar berita tersebut.
12)Mereka lari lintang -pukang  apabila terdengar ngauman harimau di kebun getah itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Bantu

* Kata bantu ialah bentuk  kata yang hadir di hadapan frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama..
* Kata bantu bertugas menambahkan makna dari aspek waktu dan ragam .
* Contoh:
   sudah , sedang , akan, telah, masih, hendak, pernah, belum, mahu, mesti , boleh, dapat , belum pernah,
   masih  belum, sudah pernah.
* Ayat contoh :
   1) Kami akan bertolak pada pukul 8.00 pagi esok.
   2) "Tugasan itu mesti disiapkan sebelum tengah hari esok, faham?"kata Cikgu  Hadi.
   3) Pekerja-pekerja ladang itu telah pulang ke rumah masing-masing.
   4) Kami hendak ke Kuala Lumpur pada hari Ahad ini.
   5) Mereka masih berbual walaupun telah lewat malam.
   6) Pada masa dahulu, negara kita pernah dijajah oleh tentera  Jepun.
   7) Kamu boleh pergi sekarang.
   8) Saya dapat menghubungi ayah yang berada di luar negara pada pagi tadi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kata Adjektif (形容词)

* Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda , tempat, haiwan, tumbuhan dan orang.
* Kata  adjektif dapat  dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
 a)  kata adjektif sifatan : baik, degil, cerdik, usang
 b) kata adjektif cara : laju, kasar, gopoh, lambat
 c) kata adjektif warna : biru, kuning, merah, putih
 d) kata adjektif ukuran : nipis, dalam, rendah, pendek
 e) kata adjektif bentuk : bulat, leper, bujur, bengkok
 f) kata adjektif perasaan : suka, cinta, yakin, sayang
 g) kata adjektif waktu : pagi , malam , dahulu , petang
 h) kata adjektif pancaindera : lazat, masin, sedap, cantik 
 i) kata adjektif jarak : jauh, dekat, nyaris, hampir
* Jika objek yang dirujuk oleh kata adjektif itu berganda , maka kata adjektif tidak boleh  berganda. 
   Begitulah  juga sebaliknya.
* Ayat contoh :
1.Rumah  di situ cantik.( betul/sebuah rumah)
2.Rumah-rumah di situ cantik. ( betul / banyak rumah )
3.Rumah di situ  cantik-cantik. ( betul/ banyak rumah)
4.Rumah -rumah di situ cantik-cantik. ( salah )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk


* Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

*Ayat majmuk terdiri daripada gabungan beberapa ayat tunggal.

Analisis Kesalahan Umum
Contoh  : 1.Menggunakan kata hubung pada ayat tunggal.
               a) Negara kita yang pesat membangun. .........................(  X  )
               b) Negara kita pesat membangun.  ................................( /   )

              2.Tidak meletakkan unsur penerang dalam pembentukan ayat          majmuk di tempat yang betul.      
             a) Rumah itu buruk akan dirobohkan oleh pihak berkuasa         tempatan...........(    X  )
             b) Rumah buruk itu akan dirobohkan oleh pihak berkuasa
                           tempatan. .......(   /    )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS